Pengenalan kepada Hubungan Antarabangsa

Hubungan Antarabangsa secara umum membawa maksud suatu interaksi yang berlaku di antara negara dengan negara lain yang melimpasi sempadan nasional negara tersebut. Aktor utama dalam kajian Hubungan Antarabangsa adalah ' negara' atau 'state'. Kajian Hubungan Antarabangsa wujud selepas berlakunya Perang Dunia Pertama apabila ahli-ahli sarjana dalam Hubungan Antarabangsa mula memikirkan bagaimana untuk mewujudkan keamanan dalam sistem antarabangsa selepas Perang Dunia Pertama. Kajian Hubungan Antarabangsa mula berkembang di Eropah dan Amerika selepas tahun 1920 yang mana ahli sarjana atau pengkaji hubungan antarabangsa mengetengahkan idea-idea daripada ahli falsafah politik yang bermula kurun ke 15 seperti Thomas Hobbes (1588-1679), John Locke (1632-1704), dan Karl Max (1818-1883). Maka terhasil lah beberapa teori awal Hubungan Antarabangsa untuk menerangkan interaksi yang berlaku dalam sistem antarabangsa seperti Realism, Liberalism, dan Maxism.

Thomas Hobbes (1588-1679)

Ahli falsafah politik Thomas Hobbes melihat kepada hubungan di antara kerajaan dengan individu di mana Hobbes menerangkan melalui bukunya iaitu 'The Leviathan' yang diterbitkan pada tahun 1651. Hobbes mendakwa manusia mempunyai kecenderungan untuk mencedarakan antara satu sama lain yang mana wujud yang kuat dan lemah dan yang kuat akan mencederakan yang lemah. Ini dipanggil sebagai 'state of nature' merujuk kepada kemampuan manusia untuk melakukan kekerasan untuk 'survival'. Kedua, ialah anarki yang mana merujuk keadaan yang tidak mempunyai kerajaan dunia sehingga menyebabkan kucar kacir kerana manusia cenderung untuk melakukan peperangan demi kelansungan hidup.

John Locke (1632-1704)

Hobbes melihat manusia bersifat tamak namun, berbeza dengan Locke di mana Locke yang merupakan ahli falsafah politik melihat manusia lebih bersifat positif. Menurut Locke manusia mempunya hak semula jadi atau 'natural right' terhadap kehidupan, kebebasan, dan harta benda. Kerajaan menurut Locke adalah 'social contract' yang mana apabila kerajaan menafikan 'natural right' subjek, subjek tersebut mempunyai hak untuk bebas daripada mematuhi perintah atau keputusan kerajaan. Subjek di sini merujuk kepada rakyat. Ini bermaksud subjek ada hak untuk menentang pemerintah apabila pemerintah gagal untuk menjalankan tanggungjawabnya. Menurut Locke juga pemerintah atau kerajaan mestilah mendapat legitimacy daripada subjek yang akan diperintah. Ini kerana, keadilan atau justice adalah penting untuk kelansungan sebuah kerajaan atau pemerintah.


Karl Marx (1818-1883)

Marx muncul semasa berlakunya revolusi industri sekitar abad ke 19 yang mana ketidaksamaan kekayaan memberikan impak terhadap sistem politik pada ketika itu. Marx menggunakan pendekatan materialism yang mana dia percaya bahawa untuk memahami sistem politik harus juga melihat keadaan ekonomi dalam masyarakat. Daripada pendekatan materialism marx fokus kepada 'class conflict' yang terbahagi kepada dua class berbeza dalam masyarakat iaitu golongan bourgeoisie dan golongan ploretariat. Golongan bourgeoise berperanan dalam mengawal keselurahan barangan dan pemegang modal manakala golongan ploretariat sebagai penyumbang tenaga buruh kepada golongan bourgeoisie. Marx melihat golongan bourgeoisie lebih memiliki harta dan cenderung untuk menindas golongan ploretariat. Pendekatan yang digunakan oleh Marx telah mendorong pemerintah Soviet pada ketika itu Vladimir Lenin untuk menggunakan pendekatan imperialism.



sumber:
Introduction to International Relations. LSE

No comments:

Post a Comment